9 Nov 2011

Malaysia tewaskan Pakistan 2-1




JOHOR BAHARU - Malaysia menewaskan Pakistan 2-1 pada kejohanan hoki bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya di sini hari ini, sekaligus mencerahkan harapan untuk mara ke perlawanan akhir.

Pasukan negara hanya perlu menang pada perkawanan akhir pusingan awal menentang India pada Jumaat untuk memastikan mereka layak ke perlawanan akhir bertemu Australia.

Kemenangan Malaysia terhadap Pakistan diperoleh hasil jaringan Mohd Noor Faeez Ibrahim melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-13 dan jaringan daripada Amir Farid Ahmad Fuzi pada minit ke-51.

Gol Pakistan pula diperoleh pada minit ke-59 melalui Muhammad Umer Sadar Hafiz.

Australia, yang merupakan pasukan pilihan, menempah tempat ke perlawanan akhir apabila menewaskan Korea Selatan 6-3, kemenangan keempat dalam kejohanan ini, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.

India menewaskan New Zealand 2-1 dan kemaraan mereka ke perlawanan akhir bergantung kepada keputusan perlawanan dengan Malaysia pada Jumaat. - BERNAMA

Apa Komen Anda

Penafian :

"Segala komen yang dihantar adalah dibawah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Pihak Media Alternatif tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang dihantar oleh pembaca di laman ini."

Kongsi Media Alternatif

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More